Pages

Saturday, October 30, 2010

Muffin

Hari ini anak2ku sibuk meminta buatkan muffin untuk minum petang.Saya pun membuatkan dua jenis muffin utk mereka. Perasa coklat dan vanilla yg dicampurkan dng bahan2 lain.Inilah hasilnya muffinku.
Resipi nya mudah sekali.

Ingredients:
280g plain white flour
1tbsp baking powder
1/2 tbsp salt
115g caster sugar
175g chocolate
2 medium eggs
250ml milk
6 tbsp sunflower oil or 85g butter (melted and cooled)
1 tsp vanilla extract


Preheat the oven to 200C.
Lightly beat the eggs in a large jug or bowl then beat in milk, oil and vanilla extract.
Make a well in the centre of the dry ingredients and pour in the beaten liquid ingredients. Stir gently until just combined, do not over mix.
Spoon the mixture into the prepared muffin tin. Bake in the preheated oven for about 20 minutes until well risen, golden brown and firm to the touch.
Leave the muffin in the tin for 5 minutes then serve warm or transfer to a wire rack and leave to cool.





Friday, October 29, 2010

Nasi Lemak

Pagi ni tak tahu nak buat sarapan apa utk family. Masuk je dapur terus terpandang rice cooker, mula dpt idea. Nak buat nasi lemak. Nasi lemak saya ni selalu nya saya akan masukan bawang dan halia. Inilah antara petua utk mendapatkan nasi lemak yg sedap.

Bahan
2 pot beras basmati
1 labu bawang besar
1/2 in halia muda
1 cawan santan pekat
sedikit garam
 Daun pandan disiat dan simpul

Cara
Basuh beras, masukkan dlm periok, bawng d belah 4, halia diketuk dan masukan santan, garam, daun pandan. Sukat air sprt biasa. Masak.

Untuk sambal: buat sambal tumis ikan bilis. Ketika semua bahan dah masuk, kita didihkan sambal dng api yg paling kecil. Mmg agak lambat tapi rasanya pasti sedap




Nasi Lemak :)



Mee Kari


Tengahari ni saya buat mee kari,  sebab pagi dah makan nasi lemak.

Bahan:
Mee kuning (dicelur)
Taugeh (di celur)
Telur (rebus)
Tahu (di goreng)
Sawi (di celur)

Bahan Kuah:
Daging batang pinang
Kentang potong dadu
Fish cake dan fish ball
tomato*
buah keras *
bawang merah*
bawang putih*
halia*
santan
Rempah kari selising
Gula, garam, asam jawa
minyak zaitun
(* di kisar)

Cara:
Panaskan minyak zaitun, tumis bahan kisar, bila dah wangi, masukkan rempah dan asam jawa.  Pastikan rempah masak betul. kemudian masukan daging dn kentang. Bila dah nak empuk masukan santan. Rasa gula dan garamnya.

Petua:
Nak bagi masakan kita tahan lama pastikan bahan tumisan betul2 masak. semasa bahan tumisan sedang direnih cuba ambil dengan senduk, kalau bahan tu mendidih dlm senduk, makna nya bahan tu dah betul2 masak.

 


Mee Kari.


Mee Kari.

Thursday, October 28, 2010

Orange cake

Petang ni saya buat orange cake untuk minum petang. sambil menunggu cake siap dibakar saya sibuk mengemaskan kabinet di ruang wet kitchen. Seronok juga bila  dapat mengemas. Selongkar punya selongkar terjumpa parut kelapa dan kukur kelapa yg telah lama menghilang......... He he he seronok bila jumpa, benda2 tu saya beli masa 10 tahun yg lalu d Terengganu. Esok nak cuci dan nak display di kitchen cabinet ku.........



Hidangan minum petangku. 


Kek orange (:


Bila dipotong, terserlah kelembapan & kegebuannya.


Resipi Oren Cake:

Bahan-bahan:

2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri
1 biji sunkist (parut kulit, ambil jusnya)
130g butter

Caranya:

- Putar butter dgn gula hingga putih, masukkan telur satu per satu dan putar hingga gebu.
- Masukkan parutan kulit oren.
- Masukkan tepung berselang-seli dgn jus oren.
- Tuang dalam acuan dan bakar selama 40 minit (cucuk dgn lidi utk tahu sudah masak atau belum)



Hari Pertama Bersama Blogku

Hari ini anak gadisku create kan blog utk ku. Terima kasih Pu3. Tengah hari ni aku memasak makanan kegemaran anak2. Lala goring kampung, Ikan kembong masak pedas, sup daging, goring sayur, dan goring tahu, tempe. Untuk minum petang inginku buat kek oren (:

Lala masak kampung. Kegemaran anak sulungku :)


Ikan kembung goreng pedas. Kegemaran anak keduaku :)

hello.

I'm new here :) and for starting,



that's me and my lovely daughter, Puteri Fatin :) <3