Friday, October 29, 2010

Nasi Lemak

Pagi ni tak tahu nak buat sarapan apa utk family. Masuk je dapur terus terpandang rice cooker, mula dpt idea. Nak buat nasi lemak. Nasi lemak saya ni selalu nya saya akan masukan bawang dan halia. Inilah antara petua utk mendapatkan nasi lemak yg sedap.

Bahan
2 pot beras basmati
1 labu bawang besar
1/2 in halia muda
1 cawan santan pekat
sedikit garam
 Daun pandan disiat dan simpul

Cara
Basuh beras, masukkan dlm periok, bawng d belah 4, halia diketuk dan masukan santan, garam, daun pandan. Sukat air sprt biasa. Masak.

Untuk sambal: buat sambal tumis ikan bilis. Ketika semua bahan dah masuk, kita didihkan sambal dng api yg paling kecil. Mmg agak lambat tapi rasanya pasti sedap




Nasi Lemak :)



Mee Kari


Tengahari ni saya buat mee kari,  sebab pagi dah makan nasi lemak.

Bahan:
Mee kuning (dicelur)
Taugeh (di celur)
Telur (rebus)
Tahu (di goreng)
Sawi (di celur)

Bahan Kuah:
Daging batang pinang
Kentang potong dadu
Fish cake dan fish ball
tomato*
buah keras *
bawang merah*
bawang putih*
halia*
santan
Rempah kari selising
Gula, garam, asam jawa
minyak zaitun
(* di kisar)

Cara:
Panaskan minyak zaitun, tumis bahan kisar, bila dah wangi, masukkan rempah dan asam jawa.  Pastikan rempah masak betul. kemudian masukan daging dn kentang. Bila dah nak empuk masukan santan. Rasa gula dan garamnya.

Petua:
Nak bagi masakan kita tahan lama pastikan bahan tumisan betul2 masak. semasa bahan tumisan sedang direnih cuba ambil dengan senduk, kalau bahan tu mendidih dlm senduk, makna nya bahan tu dah betul2 masak.

 


Mee Kari.


Mee Kari.

1 comment:

  1. Salam,

    Google nasi lemak, jumpa blog ni. Nak tanya, sukatan air macam biasa tu, maksudnya apa? Kata kalau masak nasi putih 2pot, air saya pakai 2pot 1/4.

    Jadi, guna sukatan yg sama (air 2pot 1/4), dengan tambahan 1 cawan santan ke? 1 cawan santan tu = 1 pot ke, atau mmg pakai sukatan cawan?

    Thanks banyak2 kalau u boleh reply.

    Coz 2 kali masak guna rice cooker, tak jadi, 1st time : nasi mentah, 2nd time : lembik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...