Monday, November 1, 2010

Kuih Tepung Boko

Pagi semalam saya ke pasar tani di Payjaras. Beli ubi kayu dan sayur-sayur kampung. Tengah hari ni saya buat kuih tepung boko untuk minum petang. Lama sgt saya tak buat kuih ni. Kuih ni merupakan kuih kegemaran suami saya. Ingat lagi masa zaman muda-muda, saya belajar kuih ni dari pembantu rumah ibu mertua saya. Banyak kuih-kuih dari Kelantan yg saya belajar darinya. Sekarang Mak Cik Timah dah takde.Banyak kenangan belajar memasak darinya. Al-Fatihah...



Ketika sedang dibancuh.


Ketika dikukus.


Ketika sudah dimasukkan kepala santan :)

Resipinya.

1 mangkuk kecil ubi kayu.
6 sudu besar gula (ikut manis masing-masing).
Air.
1 cawan santan.
1 1/2 sudu besar tepung beras.
garam.

Caranya-

Parut ubi kelapa. Diperah airnya. kemudian campurkan air dan gula (agak-agak cair). Kukus. Bila ubi sudah masak, masukkan santan yang telah dicampur dengan tepung beras dan garam (untuk kepala santannya kukus hanya dalam 5 minit sahaja).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...